Monday, December 21, 2020

LANGKAH DAFTAR I-AKAUN KWSP. JOM AKTIV I-AKAUN KWSP SEKARANG.

SAYA SUDAH. ANDA BILA LAGI?
Mungkin masih ada yang belum mendaftar i-Akaun KWSP ini kerana tidak tahu akan kemudahan yang tersedia atau tidak tahu cara untuk mendaftar dan mengaktifkan i-Akaun.

Bagaimana untuk saya mendaftar i-Akaun?

Bagi mereka yang baru pertama kali ingin mendaftar i-Akaun, anda perlu membuat pendaftaran i-Akaun terlebih dahulu sebelum menggunakan kemudahan ini. Pendaftaran boleh dilakukan di mana-mana Kios atau Kaunter KWSP untuk mendapatkan Kod Pengaktifan.  Anda juga boleh menghubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di talian 03-89226000 untuk mendapatkan Kod Pengaktifan dengan menggunakan myKad. 

Ahli dapat mengaktifkan i-Akaun dengan menggunakan ID Pengguna dan Kata laluan sementara yang diterima selepas pendaftaran. Pengaktifan perlu dibuat melalui laman web rasmi KWSP di www.kwsp.gov.my dalam tempoh 30 hari.

Cara daftar dan kemaskini nombor telefon

  1. Pergi ke mana-mana kaunter KWSP; ATAU
  2. Pergi ke mana-mna kiosk KWSP; ATAU
  3. Hubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di talian 03-8922 6000
  4. Talian ini hanya aktif dari hari Isnin hingga Jumaat, dari jam 8.00 pagi hingga 6.00 petang

Aplikasi i-Akaun

Selain melayari laman web KWSP, i-Akaun juga boleh diakses dengan lebih cepat dan mudah melalui


LANGKAH-LANGKAH MENDAFTAR/AKTIFKAN I-AKAUN KWSP

Langkah 1
Layari http://www.kwsp.gov.my
Pilih Login ke i-Akaun Ahli
Langkah 2
Isikan ID Pengguna sementara yang diterima melalui SMS dan klik Seterusnya
Langkah 3
Isikan Kata Laluan sementara yang diterima melalui SMS dan klik Login
Langkah 4
Pilih Setuju dan klik Seterusnya 

Langkah 5
ID Pengguna Sementara yang diterima melalui SMS akan terpapar di ruangan ID Pengguna. (ID Pengguna boleh dipinda hanya semasa proses pengaktifan sahaja)
ID Pengguna yang dipinda perlu mengandungi abjad sahaja atau nombor sahaja atau kombinasi abjad dan nombor,   8 - 16 aksara.
Cipta Kata Laluan baru dan sahkan   (8 -20 aksara, kombinasi abjad dan nombor. Contoh: password123)
Pilih Imej Online
Isikan Frasa Rahsia (Mengandungi abjad sahaja atau nombor sahaja atau kombinasi abjad dan nombor, maksimum 10 aksara) dan klik Seterusnya
Langkah 6
Skrin pengaktifan berjaya akan dipaparkan
Ahli boleh terus login untuk menggunakan iAkaun 

Share:

Sunday, June 9, 2019

Ziarah Kubur pada awal pagi 4Syawal1440H/Raya ke4 Aidilfitri2019M






Al Fatihah


Amin......

Ya Allah!
Samapaikanlah pahala bacaan kami kepada roh Ayahanda kami Nik Hassani B Nik Muhamad.
Ya Allah!
Ampunilah dosanya, kasihani dan sejahterakanlah dia. Maafkalah segala kesahalahannya, muliakanlah kedaangannya dan lapang-anlah kuburnya. Terimalah kebaikannya dan hapuskanlah kesalahannya dengan Rahmat-Mu; Wahai Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang!































We planning to write a memoir of NIK HASSANI B NIK MUHAMMAD life
6APRIL1939M – 12JANUARI2012M


Share:

Thursday, June 6, 2019

Salam Aidilfitri 1440H/2019M Taqabbalallahu Minna Wa Minkum

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Dan Salam Sejahtera

Hari raya Aidilfitri 1440H/2019M telah tiba, 

Syawal Menjelma Di Aidilfitri, Kami Ingin Turut Mengambil Kesempatan ini, Perkenankanlah Untuk Kami Sekeluarga Menyampaikan Selamat Hari Raya Aidilfitri Syawal1440H/2019M Kami Mengucapkan:
تَÙ‚َبَّÙ„َ اللَّÙ‡ُ Ù…ِÙ†َّا Ùˆَ Ù…ِÙ†ْÙƒُÙ…ْ
Taqabbalallahu Minna Wa Minkum



Semoga Allah Menerima Amal Ibadah Kita dan Allah Memberi Pengangpunan Di atas Segala Dosa.

Sekiranya Terdapat Sebarang Kesilapan, Kekasaran Bahasa,
Terguris Perasaan Atau Apa-apa Yang Terjadi Yang Mungkin Menyebabkan Anda Berkecil Hati.

Semua Yang Berlaku Bukanlah Disengajakan Dan Kami Memohon Ampun & Maaf Atas Kelemahan Kami.

Dalam kerendahan hati
ada ketinggian budi,
Dalam kemiskinan harta
ada kekayaan jiwa,
Dalam kelembutan lidah
ada juga keterlanjuran kata,
Dalam gurau dan senda
tentu ada khilaf dan dosa.

Saya Ingin Pohon Ampun & Maaf Akan Segala Yang Tidak Baik Yang Telah Saya Dan Isteri Lakukan Sepanjang Tahun Kepada Sesiapa
(Kaum Keluarga, Sahabat Handai, Rakan, Rakan-rakan Bussines Juga Buat Rakan-rakan di Blogger|Facebook|Follower yang berada di Malaysia,Vietnam,Singapore,Brunai,Thailand,Komboja Dan Seluruh Dunia.)

MOHON AMPUN&MAAF
DI ATAS SEGALANYA
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI
1440H|2019

Sekali Lagi
Maaf Zahir Dan Batin
Kepada Muslinin Dan Muslimat
Yang Berada Di Seluruh Dunia






MegaTransformasiTimur     5june2019          http://www.niknurehan.com/



Share:

Friday, May 31, 2019

Friday, May 24, 2019

Mengetahui Hukum Permintaan (Demand) dan Hukum Bekalan(Supply) Bhg2

Sambungan post 

Dalam post ini adalah sedikit lanjutan untuk terjemahan mengenai 
Hukum Perbekalan (The Law of Supply) iaitu 

Masa dan Pembekalan (Time and Supply)

Namun, tidak seperti hubungan permintaan, hubungan bekalan adalah faktor masa. Masa adalah penting untuk dibekalkan kerana pembekal mesti, tetapi tidak selalu dapat bertindak balas dengan cepat terhadap perubahan permintaan atau harga. Oleh itu, penting untuk mencuba dan menentukan sama ada perubahan harga yang disebabkan oleh permintaan akan bersifat sementara atau kekal.


Katakan ada kenaikan mendadak permintaan dan harga payung dalam musim hujan yang tidak dijangka; pembekal hanya boleh menampung permintaan dengan menggunakan peralatan pengeluaran mereka secara lebih intensif. Walau bagaimanapun, jika ada perubahan iklim, dan populasi akan memerlukan payung sepanjang tahun, perubahan permintaan dan harga akan dijangka menjadi jangka panjang; pembekal perlu mengubah peralatan dan kemudahan pengeluarannya untuk memenuhi tahap permintaan jangka panjang.

Disinilah penting nya Collection Data atau Customer Journey Mapping (CJM).

(Sumber Post Dari:
 https://www.investopedia.com/university/economics/economics3.asp)



Setakat ini dahulu.
Dilain post untuk labels Economic Basics akan ada lebih banyak lagi info menarik akan di kongsi.
Share: