Monday, December 21, 2020

LANGKAH DAFTAR I-AKAUN KWSP. JOM AKTIV I-AKAUN KWSP SEKARANG.

SAYA SUDAH. ANDA BILA LAGI?
Mungkin masih ada yang belum mendaftar i-Akaun KWSP ini kerana tidak tahu akan kemudahan yang tersedia atau tidak tahu cara untuk mendaftar dan mengaktifkan i-Akaun.

Bagaimana untuk saya mendaftar i-Akaun?

Bagi mereka yang baru pertama kali ingin mendaftar i-Akaun, anda perlu membuat pendaftaran i-Akaun terlebih dahulu sebelum menggunakan kemudahan ini. Pendaftaran boleh dilakukan di mana-mana Kios atau Kaunter KWSP untuk mendapatkan Kod Pengaktifan.  Anda juga boleh menghubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di talian 03-89226000 untuk mendapatkan Kod Pengaktifan dengan menggunakan myKad. 

Ahli dapat mengaktifkan i-Akaun dengan menggunakan ID Pengguna dan Kata laluan sementara yang diterima selepas pendaftaran. Pengaktifan perlu dibuat melalui laman web rasmi KWSP di www.kwsp.gov.my dalam tempoh 30 hari.

Cara daftar dan kemaskini nombor telefon

  1. Pergi ke mana-mana kaunter KWSP; ATAU
  2. Pergi ke mana-mna kiosk KWSP; ATAU
  3. Hubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di talian 03-8922 6000
  4. Talian ini hanya aktif dari hari Isnin hingga Jumaat, dari jam 8.00 pagi hingga 6.00 petang

Aplikasi i-Akaun

Selain melayari laman web KWSP, i-Akaun juga boleh diakses dengan lebih cepat dan mudah melalui


LANGKAH-LANGKAH MENDAFTAR/AKTIFKAN I-AKAUN KWSP

Langkah 1
Layari http://www.kwsp.gov.my
Pilih Login ke i-Akaun Ahli
Langkah 2
Isikan ID Pengguna sementara yang diterima melalui SMS dan klik Seterusnya
Langkah 3
Isikan Kata Laluan sementara yang diterima melalui SMS dan klik Login
Langkah 4
Pilih Setuju dan klik Seterusnya 

Langkah 5
ID Pengguna Sementara yang diterima melalui SMS akan terpapar di ruangan ID Pengguna. (ID Pengguna boleh dipinda hanya semasa proses pengaktifan sahaja)
ID Pengguna yang dipinda perlu mengandungi abjad sahaja atau nombor sahaja atau kombinasi abjad dan nombor,   8 - 16 aksara.
Cipta Kata Laluan baru dan sahkan   (8 -20 aksara, kombinasi abjad dan nombor. Contoh: password123)
Pilih Imej Online
Isikan Frasa Rahsia (Mengandungi abjad sahaja atau nombor sahaja atau kombinasi abjad dan nombor, maksimum 10 aksara) dan klik Seterusnya
Langkah 6
Skrin pengaktifan berjaya akan dipaparkan
Ahli boleh terus login untuk menggunakan iAkaun 

Share:

0 comments:

Post a Comment