Wednesday, December 20, 2017

ERTI ATAU PENGERTIAN ATAU MAKNA DAN MAKSUD MAHUPUN TAKSIRAN

Adalah dengan ini ada kemungkinan membawa maksud dan kefahaman mendefinisikan bahawa

Tafsiran


Didalam kertas ini, mungkin membawa makna yang lain-


PENGERTIAN 

Allahyarham, Allahyarhamah, Arwah, & Almarhum


Allahyarham

Gelaran ini digunakan untuk merujuk kepada si mati yang berjantina lelaki. Maksudnya, Allah merahmati. Ustaz ada ulas lebih sikit mengenai kata kerja dan kata nama, tapi agak kompleks untuk kita jelaskan. Secara ringkasnya, Ustaz itu mengatakan bahawa penggunaan ini tidak tepat. Bukan tak boleh guna, boleh, cuma tidak tepat.


Allahyarhamah


Gelaran ini digunakan untuk merujuk kepada si mati yang berjantina perempuan. "-ah" ditambah pada hujungnya sebagai merujuk kepada perempuan. Sebenarnya, salah di situ. Dalam bahasa Arab, tiada wujud perkataan ini dan tiada digunakan untuk merujuk kepada si mati. Hanya kita masyarakat Melayu yang menggunakannya, kerana mungkin kita sangka ia betul.


Arwah


Arwah merupakan kata jamak, atau plural kepada roh. Kalau seorang, kita panggil roh dan kalau ramai si matinya, dipanggil arwah. Walau bagaimanapun, sudah menjadi kebiasaan dalam masyarakat Melayu sejak zaman dahulu menggunakan "Arwah" untuk merujuk kepada si mati. Ini tidak berapa tepat, menurut Ustaz tu.


Almarhum


Kalau di Malaysia, Almarhum ni macam digelar untuk orang-orang yang elit atau kerabat diraja je kan? Sebenarnya, menurut Ustaz tu ini adalah yang paling tepat sekali untuk merujuk kepada si mati, sesuai dengan maknanya dalam Bahasa Arab. Kita tak ingat apa Ustaz tu jelaskan mengenai maksudnya, tetapi dari pembacaan kita dari laman web, ia juga bermaksud Allah rahmatinya. Digalak menggunakan Almarhum untuk lelaki, manakala Almarhumah untuk wanita. Bukan menjadi kebiasaan dalam kalangan masyarakat Melayu menggelar si mati sebagai Almarhum/Almarhumah kepada si mati. Yelah, nanti kot orang dengar, ingatkan kerabat diraja.


Pada masa yang sama, Ustaz tu mengajak kita semua untuk sama-sama perbetulkan penggunaan istilah-istilah ini. Walaupun susah, kita kayuh perlahan-lahan ya. Boleh check laman-laman web lagi untuk mendapat maklumat yang lebih lanjut. 

Pengertian ini adalah pautan dari blog sahabat :
http://ronhaqita.blogspot.my/2015/02/allahyarham-allahyarhamah-arwah-almarhum.html


Share:

0 comments:

Post a Comment